Sejarah
Penubuhan Kor Sukarelawan Polis di
Institusi Pengajian Tinggi adalah hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri YAB
Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi ketika itu menjawat Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa lawatan beliau di Univerisiti
Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 4 hb. Febuari 1999.
Lawatannya di UUM Sintok pada 4
Febuari 1999 beliau telah menyarankan supaya diujudkan satu lagi pasukan
beruniform ‘ALA POLIS’ sebagai pemangkin kepada membentuk pembangunan
sahsiah pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa akan datang yang
berpengetahuan dalam bidang kepolisan dan penguatkuasaan undang-undang serta
menjaga keselamatan negara.
Pada 24 hb. Jun 2006 YDH Ketua Polis
Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar telah merasmikan secara serentak Penubuhan Badan
Beruniform Kor Sukarawan Polis Siswa / Siswi ( Kor SUKSIS ) institusi
Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) seluruh Malaysia di Universiti Teknologi Mara (
UiTM ) Shah Alam. Sebanyak 10 buah IPTA yang terlibat termasuk Cawangan UiTM
Pulau Pinang.
Tujuan
Kor SUKSIS ditubuhkan di IPTA adalah
bertujuan :-
1.
Antara Instrumen dalam kokurikulum
pelajar IPTA bagi membentuk sahsiah dan pembangunan mahasiswa.
2.
Sebagai pelapis pemimpin dimasa
hadapan yang mempunyai peningkatan disiplin diri yang tinggi dengan mempunyai
nilai-nilai murni.
3.
Mengujudkan semangat petriotik, jati
diri dan sayangkan negara.
4.
Menjadi mata dan telinga PDRM dengan
mempunyai pengetahuan serta kefahaman mengenai fungsi PDRM dalam
menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan negara.
Objektif
Objektif penubuhan Kor SUKSIS IPTA
adalah seperti berikut :-
1.
Melahirkan seorang Pegawai Kor SUKSIS
Polis yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta alaman
disiplin (kepolisan) yang sesuai diantara Pasukan Polis dengan IPTA.
2.
Mampu memainkan peranan dan
tanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai seorang Pegawai Kor SUKSIS
Polis kearah mengujudkan kesedaran sivik dan hubungan baik polis dengan
masyarakat.
3.
Mempunyai ketahanan fizikal, mental
serta personaliti bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Kor Siswa
Polis.
Visi
Melahirkan Siswazah sebagai pelapis
pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepolisan dan keterampilan diri yang
menepati keperluan masyarakat.
Misi
Menyediakan kepada Kor SUKSIS Program
Latihan berbentuk :-
1.
Ketahanan mental dan fizikal diri.
2.
Pengetahuan asas undang-undang dan
budaya kepolisan.
3.
Pengetahuan asas penggunaan dan
pengendalian kelengkapan yang digunakan oleh pasukan polis.
4.
Menerapkan nilai-nilai murni,
ciri-ciri kepimpinan PDRM dan keyakinan diri menepati sebagai seorang pemimpin.
Moto
Pendaulatan maruah negara
1.
Menerapkan semangat patrotik yang
kental.
2.
Menyediakan pelapis pemimpin yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
3.
Menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang kepolisan.
Konsep
1.
Menegakkan keluhuran perlembagaan dan
kedaulatan undang-undang negara.
2.
Kesetiaan kepada pucuk pimpinan PDRM
dan IPTA.
3.
Bertanggungjawab dalam memelihara
ketenteraman dan keselamatan.